Monday, November 26, 2007

Bubur Rusuk

Bahan-bahan nya :


1/2 kilo rusuk kambing
Air secukupnya untok merebus
1 cawan beras
1 biji bawang besar - di potong dadu
3 ulas bawang putih - di hiris
1 inci halia - di hiris
kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
garam dan perasa secukup nya


Cara-caranya :


Rebus rusuk dengan garam sehingga setengah empuk.

Cuci beras dan tanak menggunakan air rebusan rusuk, diatas api yang sederhana. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Masukkan garam secukupnya.

Bila beras sudah lembut dan hancur, masukkan rusuk yang setengah empuk. Tambah air mengikut sukatan sendiri. Tambah garam dan perasa. Tanak sehingga rusuk empuk didalam bubur.









Yum-yum.


Kari Rusuk

Bahan-bahan nya


1 kilo rusuk kambing, di potong besar (direbus sehingga empuk)


3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
(kesemua bahan di atas, di blender halus)


1/2 cawan rempah kari Baba's (campur dengan sedikit air)
1 inci lengkuas (di titik)
2 biji lada hijau (di belah tengah)
2 biji lada merah (di belah tengah)
1 mangkuk santan
4 biji kentang, di buang kulit dan di potong empat
5 biji bawang merah di hiris
2 biji bawang putih di hiris
Bunga lawang, buah pelaga, kayu manis
Garam dan perasa secukup nya
Minyak untok menumis


Cara-caranya :

Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis sehingga naik bau. Masukkan bahan-bahan yang telah di blender dan lengkuas yang telah di titik. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari yang telah dicampur dengan air sedikit. Tumis sehingga rempah 'garing' kemudian masukkan santan. Masukkan rusuk yang telah direbus empuk dan kentang. Kemudian masukkan cili merah dan cili hijau.


Didih sehingga keluar minyak.




Bawang besar, cili merah/hijau dan lengkuas




Bawang merah, bawang putih, kayu manis, pelaga dan bunga lawang

Tumis bawang merah hingga naik bau


Masukkan bahan-bahan yang telah di blender


Masukkan rempah kari


Tumis sehingga rempah 'garing' dan keluar minyak


Masukkan santan, rusuk dan kentang


Masukkan cili merah dan cili hijau


Didih sehingga keluar minyak

Enjoy...

Ikan Talapia bersos cili

Bahan-bahan nya :

2 ekor ikan talapia
1 sudu makan serbok kunyit
3 sudu teh garam
3 sudu makan tepung jagung
Minyak untok menggoreng


Sos :

2 biji bawang besar di potong dadu
3 ulas bawang putih di hiris
1 inci halia di hiris
3 biji lada merah di hiris
2 sudu makan cili giling
1/4 cawan air assam
2 sudu teh gula
garam and aji-no-moto secukupnya


Cara-cara nya :

Bersihkan ikan, dan lumur dengan garam, serbuk kunyit and tepung jagung. Perap selama 10 minit. Panaskan minyak and goreng ikan di atas api yang sederhana. Angkat setelah ikan masak.

Sos :

Gunakan minyak dari gorengan ikan tadi, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan lada merah. Setelah naik bau, masukkan cili giling. Tumis sehingga cili masak, dan masukkan air assam dan gula. Masukkan garam dan perasa ikut citarasa sendiri.

Tuangkan sos di atas ikan.



Inilah Ikan Talapia. Ikan Talapia ialah jenis ikan air tawar.

Lumur dengan serbuk kunyit, tepung jagung dan garam



Goreng diatas api yang sederhana



Balikkan ikan dengan hati hati



Tuang sos ke atas ikan.

Tuesday, November 13, 2007

Assam Pedas Kepala Ikan Duri dan Sawi Asin

Bahan bahan :

1 Kepala Ikan Duri (di bersihkan dan direndam dalam air assam selama ½ jam)

Bahan-bahan untok dikisar
20 biji cili kering (direbus hingga lembut)
50gm udang kering (direndam sehingga lembut – boleh ditukar dengan belacan jika suka)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
(Semuanya dikisar halus)


1 biji bawang besar - dikisar berasingan - untok menumis


1 sudu teh halba
1 sudu teh ketumbar (di sangar dan di kisar)
10 helai daun kari
1 sudu teh kunyit serbok
1 batang serai (ambil bahagian putih sahaja dan titik supaya keluar bau)
Daun kesum secukupnya
50 sen Sawi Asin (dicuci bersih, dan di potong)

1 mangkuk air assam jawa
Garam dah perasa secukupnya
Minyak untok menumis


Cara-caranya :

Panaskan minyak. Tumis halba, ketumbar dan daun kari seketika, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar, serai dan serbok kunyit. Tumis sehingga keluar minyak dan ‘garing’. Masukkan air assam jawa, kepala ikan dan didihkan sehingga ikan masak. Masukkan daun kesum dan sawi assin. Tambah garam dan perasa secukupnya. Masak sehingga mendidih dengan api yang sederhana.





Kepala Ikan Duri




Ini dia Assam Jawa or Tamarind in English. Ada orang tak tau


Rendam kepala ikan dengan air assam selama 1/2 jam untok hilangkan bau hanyir


Cili kering - 20 biji - direbus dan dikisar bersama bahan-bahan lain


Tumis halba, ketumbar dan daun kari


Masukkan bawang yang telah dikisar. Tumis hingga naik bau


Tambah serbuk kunyit dan serai. Tumis lagi sehingga keluar minyak


Masukkan bahan-bahan cili


Masukkan air assam jawa


Masukkan kepala ikan


Ini Sawi Asin


Masukkan sawi asin dan daun kesum


Didih sehingga ikan masak.
Dah siap....
Dimakan bersama nasi, panas panas.

Mee Goreng

Bahan-bahan nya

1 kilo mee kuning
30 sen taugeh
50 sen daun kucai (digunting 1 inci panjang)
½ kilo udang
$2.00 daging kisar
50 gm cendawan cina (rendam dalam air panas selama ½ jam)

Bahan-bahan B untok dikisar :

20 batang lada kering (boleh dikurangkan jika tidak mahu terlalu pedas) – di gunting kecil dan direbus supaya cepat lembut
3 biji tomato
50 gm udang kering (direndam hingga lembut)


2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
(Dikisar berasingan dengan bahan-bahan B)

Minyak untok menumis


Cara-caranya :

Panaskan minyak di kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar. Bila sudah naik bau, masukkan daging. Kacau sehingga daging masak, masukkan udang dan cendawan. Apabila udang sudah masak, masukkan bahan-bahan B, dan tumis sehingga garing. Bubuh garam dan perasa secukupnya.

Masukkan mee kuning, taugeh dan daun kucai. Gaul supaya rata. Tambah garam dan perasa jika perlu. Letak di atas pinggan dan hias dengan hirisan tomato dan limau kasturi.

Mee Kuning

Taugeh (Bean sprout)


Daun Kucai

Udang Kering

Cendawan Cina

Tumis bwang-bawang yang telah dikisar


Masukkan daging kisar


Masak sehingga daging lembut dan masak



Masukkan Bahan-bahan B yang telah dikisar


Masuk udang


dan Cendawan Cina


Masukkan Mee Kuning



Taugeh dan Daun Kucai


Gaul rata... dan masak selama 10 minute lagi supaya mee masak


Dah siap.... senang....

Sunday, November 11, 2007

Epok Epok Kentang & Daging

Bahan-bahan nya :


Inti :
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
(di cincang)
3 sudu makan rempah kari Baba's
Sedikit air
$2.00 daging kisar
4 biji kentang di potong dadu dan direbus sehingga setengah empok
$1 sayur campur
Minyak untok menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Campur rempah kari dan air, masukkan kari ke dalam tumisan bawang, dan tumis sehingga keluar minyak. Campurkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak. Masukkan sayur campur dan kentang yang sudah direbus. Tambah garam and perasa secukupnya.


Pastry :
1 kilo tepung gandum "All Purpose Floor" Bake King
1/2 cawan minyak zaiton (Olive Oil)
1/2 cawan air panas dicampur dengan 2 sudu teh garam
(tambah air dan minyak jika perlu)

Minyak untok menggoreng

Didalam bekas besar, masukkan tepung dan tuang minyak sedikit demi sedikit, dan campur kan air panas bergaram. Uli sehingga tepung menjadi doh lembut.


Cara-cara membuat Epok Epok :
Ambil sedikit doh and di canai tipis, dan di potong bulat dengan memotong currypuff. Masukkan inti kedalam doh dan dilipat menjadi bentuk epok-epok. Kelim tepi nya, dan goreng dengan minyak yang banyak dengan api yang sederhana. Angkat bila epok epok berwarna kekuningan.

Uli tepong bersama minyak zaiton dan air panas yang dicampur garam.

Sunflower and Olive Oil


Tepung yang telah diuli


Kentang di potong dadu dan direbus setengah empok


Bawang putih dan bawang besar di cincang


Tumis bawang hingga naik bau


Masukkan rempah kari


Masukkan daging kisar


Masukkan sayur campur


Masukkan kentang


Digaul biar rempah nya rata


Doh di canai dan di potong bulat


Masukkan inti diatas bulatan doh


Dibentukkan epok epok dan dikelim tepi


Epok epok yang sudah siap untok di goreng


Goreng epok epok dengan minyak yang banyak


Sudah siap Epok Epok Enak!