My Crown Prince's favourite
Bahan-bahan :
2 punnets cendawan butang (white button mushrooms)
6 sudu makan butter
5 sudu makan tepung gandum
1/2 litre stock ayam
1 litre susu segar
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
2 cawan heavy cream (Optional)
Cara-caranya :
Cendawan dibersihkan, buang batang dan di potong dadu kecil. Panaskan butter didalam periok diatas api yang sederhana. Masukkan cendawan dan masak sehingga layu. Masukkan tepung dan kacau sehingga sebati dan rata. Masukkan stock ayam, dan didihkan sebentar. Setelah mendidih, masukkan susu segar. Kacau selalu supaya susu tidak berbuih dan pecah. Perasa dengan garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Jika mahu lebih berkrim, boleh ditambah dengan heavy cream.
Dah siap! sedap dimakan panas bersama Bread Stick atau Garlic Bread.
Dah siap! sedap dimakan panas bersama Bread Stick atau Garlic Bread.