Resipi ni dari Yani.
Senang dan mudah nak buat, and sedap untok mengunyah sambil tengok CSI Sunday marathon.

Bahan-bahan ( 6 sticks)
200g tepung gandum
20g gula halus
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil baking powder
20g butter
140ml susu segar
Bahan-bahan untok Inti
¼ kilo daging kisar
1 biji bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji lada merah di hiris
3 sudu serbuk kari daging
Garam dan perasa secukupnya
sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara (doh)
Masukkan tepung, gula, garam dan baking power ke dalam mangkuk. Kacau biar serata. Masukkan pula susu dan butter. Uli sehingga licin dan tak melekat di tangan. Tutup dengan kain lembab/ plastik wrap. Biarkan selama 30 minit. Sementara menunggu, buat intinya.
Cara-cara (Inti)
Panaskan minyak, dan tumis bawang besar, bawang putih dan lada merah sehingga naik baru. Masukkan serbuk kari yang telah dibancung dengan sedikit air. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan daging kisar, kacau sekali sekala supaya tidak hangit. Setelah daging masak, tambah garam dan perasa secukupnya.
Cara Menggulung
Bahagikan doh yang telah di biarkan selama 30 minit tadi kepada 6 bahagian. Ambil satu doh, dan canai memanjang. Letakkan inti dibahagian tengah, dan kemudian tutup rapat rapat. Pastikan doh tidak bocor dan terbuka. Gunting dibahagian atas stick, dan ayakkan sedikit tepung di atasnya. Bakar didalam oven dengan suhu 200 C selama 15 - 20 minit. Jangan terlalu lama sehingga hangus, rasanya akan menjadi pahit.

Uli doh (boleh menggunakan mixer ataupun uli dengan tangan sahaja)

Inti daging

Bahagikan doh kepada 6 bahagian kecil

Canai memanjang

Isikan inti

Tutup rapat dan kemas

Gunting sedikit dibahagian atas

Letakkan diatas loyang pembakar dan ayak sedikit tepung diatasnya

Bakar dengan suhu 200 C selama 15 - 20 minit
Tak sempat nak ambil gambar diatas pinggan, keluar oven saja terus lesap.
Sedap dimakan panas panas