Showing posts with label Main Dish. Show all posts
Showing posts with label Main Dish. Show all posts

Tuesday, January 22, 2008

Opor Itek

Bahan-bahan :

1 ekor itek di potong 12
1 biji kelapa, di ambil santannya (1/2 mangkuk pekat dan 2 mangkuk cair)

(A)
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan halus
(di sangar dan dikisar halus)

(B)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3 biji lada merah
1 inci halia
(dikisar dengan sedikit air)

1 inci lengkuas (dititik)
1 batang serai (dititik)
2 batang kayu manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
5 helai daun limau purut
1 helai daun salam
4 biji lada hijau (dibelah tengah dan dibuang biji)
Garam dan perasa secukup nya
Minyak untuk menumis

Cara-caranya

Panaskan minyak, dan tumis bahan-bahan (A) yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan bahan-bahan (B), dan tumis sehingga garing. Masukkan lengkuas, serai, kayu manis dan serbuk kunyit. Tumis lagi sehingga naik bau. Masukkan santan cair dan itek yang telah dibersihkan. Kemudian masukkan daun limau purut dan daun salam. Masukkan garam dan perasa secukupnya.
Masak diatas api yang sederhana, kacau sekali sekala supaya santan tidak pecah kemudian, masukkan lada hijau. Apabila itek telah empuk, masukkan santan pekat dan masak lagi sehingga mendidih, kacau sekali sekala.

Hidangkan dengan nasi panas.

Monday, November 26, 2007

Kari Rusuk

Bahan-bahan nya


1 kilo rusuk kambing, di potong besar (direbus sehingga empuk)


3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
(kesemua bahan di atas, di blender halus)


1/2 cawan rempah kari Baba's (campur dengan sedikit air)
1 inci lengkuas (di titik)
2 biji lada hijau (di belah tengah)
2 biji lada merah (di belah tengah)
1 mangkuk santan
4 biji kentang, di buang kulit dan di potong empat
5 biji bawang merah di hiris
2 biji bawang putih di hiris
Bunga lawang, buah pelaga, kayu manis
Garam dan perasa secukup nya
Minyak untok menumis


Cara-caranya :

Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis sehingga naik bau. Masukkan bahan-bahan yang telah di blender dan lengkuas yang telah di titik. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari yang telah dicampur dengan air sedikit. Tumis sehingga rempah 'garing' kemudian masukkan santan. Masukkan rusuk yang telah direbus empuk dan kentang. Kemudian masukkan cili merah dan cili hijau.


Didih sehingga keluar minyak.




Bawang besar, cili merah/hijau dan lengkuas




Bawang merah, bawang putih, kayu manis, pelaga dan bunga lawang

Tumis bawang merah hingga naik bau


Masukkan bahan-bahan yang telah di blender


Masukkan rempah kari


Tumis sehingga rempah 'garing' dan keluar minyak


Masukkan santan, rusuk dan kentang


Masukkan cili merah dan cili hijau


Didih sehingga keluar minyak

Enjoy...

Tuesday, November 13, 2007

Assam Pedas Kepala Ikan Duri dan Sawi Asin

Bahan bahan :

1 Kepala Ikan Duri (di bersihkan dan direndam dalam air assam selama ½ jam)

Bahan-bahan untok dikisar
20 biji cili kering (direbus hingga lembut)
50gm udang kering (direndam sehingga lembut – boleh ditukar dengan belacan jika suka)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
(Semuanya dikisar halus)


1 biji bawang besar - dikisar berasingan - untok menumis


1 sudu teh halba
1 sudu teh ketumbar (di sangar dan di kisar)
10 helai daun kari
1 sudu teh kunyit serbok
1 batang serai (ambil bahagian putih sahaja dan titik supaya keluar bau)
Daun kesum secukupnya
50 sen Sawi Asin (dicuci bersih, dan di potong)

1 mangkuk air assam jawa
Garam dah perasa secukupnya
Minyak untok menumis


Cara-caranya :

Panaskan minyak. Tumis halba, ketumbar dan daun kari seketika, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar, serai dan serbok kunyit. Tumis sehingga keluar minyak dan ‘garing’. Masukkan air assam jawa, kepala ikan dan didihkan sehingga ikan masak. Masukkan daun kesum dan sawi assin. Tambah garam dan perasa secukupnya. Masak sehingga mendidih dengan api yang sederhana.





Kepala Ikan Duri




Ini dia Assam Jawa or Tamarind in English. Ada orang tak tau


Rendam kepala ikan dengan air assam selama 1/2 jam untok hilangkan bau hanyir


Cili kering - 20 biji - direbus dan dikisar bersama bahan-bahan lain


Tumis halba, ketumbar dan daun kari


Masukkan bawang yang telah dikisar. Tumis hingga naik bau


Tambah serbuk kunyit dan serai. Tumis lagi sehingga keluar minyak


Masukkan bahan-bahan cili


Masukkan air assam jawa


Masukkan kepala ikan


Ini Sawi Asin


Masukkan sawi asin dan daun kesum


Didih sehingga ikan masak.
Dah siap....
Dimakan bersama nasi, panas panas.